Sunday, July 26, 2009

Tajuk

Satu sistem yang akan dibangunkan bertajuk “Sistem Maklumat Pengurusan Pembelian Serbuk Koko Keluaran HPA Secara Dalam Talian ”.

Pengenalan

HPA Industri Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat yang dapat memberi pendedahan tentang perubatan herba tradisional kepada masysrakat. Perubatan ini adalah satu rawatan alternatif yang dapat menjamin kesihatan masyarakat. Syarikat ini ditubuhkan pada 15th Julai 1995 yang diasaskan oleh Tuan Hj. Ismail bin Hj. Ahmad. Tuan Hj. Ismail bin Hj. Ahmad adalah pemilik syarikat yang memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan I yang berasal dari kg. Mata Ayer, Perlis. Manakala, jawatan Pengarah Urusan II dipegang oleh isteri Tuan Hj. Ismail bin Hj. Ahmad, iaitu Puan Hjh. Norhayati binti Ahmad. Perniagaan sebegini dapat mencapai ke arah kemakmuran dan juga dapat memperkayakan kehidupan masyarakat.

Syarikat ini mempunyai laman web yang membolehkan pengguna untuk memesan dan membeli produk HPA secara dalam talian. Tetapi, pengguna hanya boleh membuat pesanan produk HPA dengan menggunakan telefon bimbit dan menghantar email kepada staf di syarikat tersebut sahaja. Selain itu, pengguna juga perlu menyatakan butiran-butiran seperti nama sendiri, produk dan kuantiti, alamat penghantar, tarikh, masa bayaran dan jumlah bayaran dan juga akaun yang dimasukkan ketika membuat pesanan melalui penghantaran email.

Oleh yang demikian, satu sistem yang hendak dibangunkan ini mempunyai kemudahan yang dapat membolehkan pelanggan untuk membuat pesanan produk secara dalam talian. Ini kerana sistem ini dapat menyimpan dan menguruskan maklumat pelanggana dan produk dengan lebih sistematik. Dengan ada kemudahan sistem ini, segala butir maklumat dapat disimpan dengan baik ke dalam pangkalan data. Sistem ini juga dapat menjamin daripada kehilangan maklumat. Melalui sistem ini, pelanggan dapat membeli atau mendapatkan maklumat tentang produk baru dengan lebih cepat dan efisyen.

Penyataan Masalah

Terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh syarikat tersebut. Antaranya ialah perniagaan tradisional yang diamalkan ini tidak dapat beroperasi dalam masa sepanjang hari. Perniagaan tradisional ini juga tidak dapat memberi perkhimatan kepada pelanggan selepas masa tutup untuk beroperasi. Jadi, pelanggan perlu membeli atau mendapatkan perkhidmatan daripada syarikat tersebut pada hari berikutnya. Keadaan sebegini telah menyebabkan pelanggan perlu membazirkan masa untuk datang semula ke syarikat tersebut.

Selain itu, masalah lain yang dihadapi oleh HPA Industri Sdn. Bhd. ialah pentadbir tidak dapat menguruskan dan menyimpan rekod pembelian produk secara sistematik dan tersusun. Penyimpan dan pengurusan maklumat secara manual ini perlu mengambil masa lama untuk menyimpan dan menguruskan maklumat tersebut.
Kadang kala, syarikat tersebut juga menghadapi masalah seperti masalah kehilangan butiran maklumat dan masalah pencarian maklumat. Kewujudan masalah sebegini disebabkan oleh sistem yang sedia ada ini tidak mempunyai kemudahan pangkalan data untuk proses penyimpanan dan pengurusan maklumat.

Sistem yang sedia ada ini juga tidak dapat digunakan untuk membantu pengiraan baki stok secara automatik. Sistem secara manual yang digunakan oleh pentadbir ini perlu mengambil masa yang lama untuk mengira baki stok yang tinggal ataupun menghitung stok yang telah dijual. Selain itu, sistem pengiraan secara manual ini kemungkinan besar adalah tidak tepat. Keadaan sebegini boleh berlaku ketika pentadbir melakukan kesilapan untuk mencatatkan pengiraan tersebut ke dalam fail.

Objektif

Objektif projek ini adalah untuk membangunkan sebuah sistem maklumat pengurusan pembelian serbuk koko secara dalam talian.

Skop

Terdapat dua jenis skop yang terlibat dalam system ini, iaitu skop pengguna dan skop sistem.

Skop Pengguna
Dalam sistem ini, sasaran pengguna adalah pentadbir dan pelanggan.

Skop Sistem
Skop sistem ini juga akan menumpu kepada tiga modul yang terdiri daripada klasifikasi pengguna iaitu modul log masuk, modul mendaftar, modul akaun pentadbir dan modul akaun pelanggan.

Modul Log Masuk
Sistem ini mempunyai dua kategori pengguna, iaitu pentadbir dan pelanggan. Oleh itu, modul log masuk disediakan untuk membolehkan pengguna-pengguna log masuk ke akaun masing-masing untuk menjalankan fungsi yang sah bagi kategori yang tertentu.

Modul Mendaftar
Dalam sistem ini, pelanggan perlu mendaftar sebagai ahli untuk menjalankan aktiviti membeli dalam sistem ini. Pelanggan perlu mengisi maklumat peribadi dalam modul ini.

Modul Akaun Pentadbir
Modul akaun ini dapat dicapai oleh pihak pentadbir di HPA untuk melaksanakan tugas pengurusan maklumat. Sebelum mencapai ke modul ini, pihak pentadbir perlu log masuk terlebih dahulu. Dalam modul ini, pihak pentadbir boleh memasukkan, mengemaskini dan melihat maklumat produk. Pentadbir juga boleh menetapkan cara untuk membuat bayaran dan cukai yang kena dibayar. Selain itu, pentadbir juga boleh melihat senarai pelanggan dan juga maklumat log masuk mereka, maklumat order yang dibuat oleh pelanggan dan juga hit counter. Pentadbir juga boleh memasuk dan mengemaskini maklumat lokasi, zon, kelas cukai dan kadar cukai. Di samping itu, pentadbir boleh memasuk dan mengemaskini kadar pertukaran mata wang, bahasa dan status tempahan. Laporan seperti produk yang dibeli, jumlah tempahan pelanggan dan stok produk juga boleh dilihat oleh pentadbir.

Modul Akaun Pelanggan
Modul akaun ini digunakan oleh para pelanggan HPA yang membeli produk HPA secara dalam talian. Pelanggan perlu mendaftar diri terlebih dahulu jika masih bukan ahli dan log masuk untuk mencapai modul ini. Pelanggan dapat melihat maklumat produk, seperti harga, gambar produk dan produk review. Pelanggan juga boleh mengubah mata wang daripada pilihan yang sedia ada. Selain itu, pelanggan dapat melihat informasi seperti cara untuk menghubungi HPA, penghantaran dan pemulangan produk. Pelanggan Dengan menggunakan sistem ini, pelanggan boleh membeli produk secara dalam talian. Pelanggan juga boleh mengemaskini, menggugurkan produk yang tidak ingin lagi dibeli sebelum menghantar tempahan.


Perkakasan yang Digunakan
1. Komputer Peribadi
2. Tetikus
3. Server


Perisian yang Digunakan

1. Sistem Pengoperasian Microsoft Windows Vista Ultimate
2. Internet Explorer 7
3. Zencart E-Commerce
4. Adobe Photoshop

Kajian Literatur

Manual Prosedur beli online HPA

Menurut website HPA, didapati bahawa para pelanggan dan ahli-ahli HPA dapat memesan atau membeli produk HPA secara online melalui pentadbir-pentadbir HPA.

Untuk membuat pesanan atau membeli produk HPA, para pelanngan dan ahli-ahli HPA boleh hubungi pentadbir HPA dan e-mail kepada pentadbir HPA. Maklumat –maklumat seperti nama, no ahli HPA (jika berkenaan), produk & kuantiti alamat penghantaran, no. telefon, tarikh, masa bayaran & jumlah bayaran, akaun dimasukkan serta cara penghantaran perlu disertai dalam email yang dihantar.

Selepas butiran maklumat dihantar oleh pembeli, pihak pentadbir HPA akan maklumbalas dengan kos penghantaran yang perlu dibayar oleh pembeli sebelum bayaran dibuat oleh pembeli.

Bagi Pembayaran, pembeli boleh bayar secara online atau bayaran secara manual melalui Mesin ATM. Para pembeli boleh membuat bayaran dengan masukkan tunai ke akaun pentadbir melalui Maybank Maysia Berhad (Maybank2u.com) dan Bank islam Malaysia Berhad (BankIslam.biz).

Selepas bayaran dibuat oleh para pembeli, pihak pentadbir HPA akan mejalankan perkhidmatan penghantaran produk HPA kepada para pembeli. Selain itu, para pembeli juga boleh mendapatkan produk HPA yang dibeli melalui pengedaran HPA yang berhampiran dengan tempat pembeli. Prosedur-prosedur membeli secara online ini amat mengambil masa serta tidak sistematik.



Kajian Terhadap Sistem Sedia ada

Biogreen2u online store (Sumber: https://www.biogreen2u.com/index.php)

Green Image Entreprise Sdn Bhd ini merupakan sebuah syarikat yang menghasilkan produk yang berasaskan bahan mentah asli dan pertanian organic. Sistem Biogreen2u online store ini dibangunkan oleh Green Image Entreprise demi mempromosikan produk yang dihasilkan oleh syarikat mereka. Dengan pembangunan sistem ini, para pelanggan dapat membeli produk secara dalam talian.

Dalam sistem ini, semua stok produk telah ditunjukkan mengikut categori produk . Fungsi keutamaan produk, harga pruduk serta berat produk juga ditunjukkan dalam sistem ini. Melalui informasi yang bergguna ini, Para penlanggan dapat membuat pilihan produk yang lebih sesuai untuk mereka. “search engine” bagi memantau produk juga disediakkan bagi mempercepatkan proses pencarian produk.

Sistem ini memerlukan namaID dan katalaluan untuk log masuk. Pembelian produk hanya boleh dijalankan selepas log masuk. Kemudian, produk yang telah ditambah dalam “shopping chart” akan ditunjukkan kepada pelanggan. Maka, pelanggan akan mengetahui produk yang telah dipilih untuk dibeli.Di samping itu, produk yang telah ditambah dalam “shopping chart” dikenalpasti lagi melalui kemudahan “checkout” yang disediakkan dalam sistem sebelum pembayaran di buat.

Dalam sistem ini, kemudahan pembayaran secara online juga disediakkan. Dengan menyertai maklumat yang diperlui, maka pembayaran dapat dibuat secara online. Kos pengedaran juga akan ditunjukkan dengan teliti dalam “checkout” sebelum pembayaran dijalankan. Segala pembetulan informasi pembelian serta informasi pengedaran juga dapat dijalankan dalam sistem ini.

Kemudahan e-mail juga disediakkan bagi membenarkan para pelanggan menghantar message yang berkaitan terhadap produk serta service melalui sistem ini. Walaupun banyak kemudahan didsediakan dalam sistem ini, tetapi ia agar tidak mesra pengguna.



Shopping cart system (sumber: http://youngminds.com.hk/Shopping-Cart-System)

Sistem ini merupakan sistem “E-commerse” yang membenarkan pengguna menjual produk secara dalam talian. Sistem ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu pentadbir dan pelanggan.

Bagi bahagian pentadbir, pentadbir perlu masukkan namaID dan katalaluan supaya dapat masuk ke sistem tersebut untuk jalankan tugas. Dalam bahagian pentadbir, terdapat fungsi seperti pandaftaran pengguna, pengurusan produk, pengurusan inventori, pengurusan tempahan produk disediakan.

Dalam fungsi pendaftaran pengguna, pentadbir dapat masuk dan kemaskini maklumat pelanggan. Kemudian bagi fungsi pengurusan produk, pentadbir dapat memasukkan maklumat bagi produk baru serta mengemaskini maklumat produk.Pengurusan inventori juga disediakan dalam sistem ini, dengan membolehkan para pentadbir mengetahui baki produk yang sedia ada dalam stok maka masalah kekurangan stok dapat digelakkan. Dengan itu, pengurusan tempahan produk juga terdapat dalam sistem ini bagi mengurus maklumat tempahan produk mengikut tempahan yang telah dibuat oleh pelanggan. Maklumat tempahan yang diurus merangkumi tarikh tempahan, tarik pengedaran produk serta tarikh pembayaran.

Bagi bahagian pengguna, pelanggan perlu log masuk sebelum pembayaran secara online dapat dijalankan dalam system ini. Stok produk ditunjukkan mengikut kategori produk dan “search engine” disediakan bagi memudahkan para penlanggan membuat pilihan. Pembetulan informasi pembelian serta informasi pengedaran juga dapat diadakan dalam sistem ini.

Secara kesimpulanya, sistem ini agar mesra pengguna tetapi antara muka bagi sistem ini kurang menarik.



Selling Pet online management system (sumber: http://www.iwaghost.com)

Sistem ini merupakan satu sistem yang dibangunkan oleh iWag host.com bagi membenarkan para pengguna untuk menjualkan binatang secara dalam talian. Sistem ini merangkumi dua bahagian iaitu pentadbir dan pelanggan.

Dalam bahagian pentadbir, log masuk diperlukan bagi masuk ke dalam sistem. Dalam sistem ini, pentadbir dapat masukkan maklumat binatang supaya dapat dipantau oleh pelanggan semasa membuat pilihan. Kemudahan muat naik juga disediakan oleh pentadbir untuk muat naik gambar binatang. Maklumat yang telah dimasukkan dapat dikemaskini.

Dalam bahagian pelanggan, maklumat binatang telah disediakan dalam sistem ini kepada pelanggan. Dengan kemudahan “search engine” dalam sistem ini telah memudahkan pelanggan untuk mencari binatang yang hendak dibeli. Selain itu, kemudahan galeri gambar juga dibangunkan dalam sistem ini supaya dapat dipantau oleh pelawat yang melawat laman web pengguna. Pembayaran secara dalam talian tidak disediakan dalam sistem ini, pelanggan perlu email atau hubungi dengan penjual untuk membayar terhadap binatang yang dibeli.

Pembangunan sistem ini agar tidak dimuaskan, banyak kemudahan seperti pengurusan data pelanggan, pengurusan tempahan produk tidak disediakan dalam sistem ini. Maka, sistem ini tidak dapat memudahkan pentadbir dalam mengurus maklumat binatang. Bagi aspek pelanggan, penlanggan tidak dapat tengok balik maklumat pembelian anjing yang telah dipilih untuk dibeli serta tidak boleh bayar terus melalui sistem tersebut. Maka, pelanggan perlu mengambil masa yang lebih lama dalam proses pembelian. Dengan keseluruhannya, sistem ini tidak mesra pengguna serta mempunyai antara muka yang kurang menarik.



Sistem Pengurusan Pembelian Serbuk Koko Dalam Talian

Kumpulan kami akan membangunkan sebuah sistem yang bernama Sistem Pengurusan pembelian serbuk koko dalam talian. Dalam sistem ini, sasaran pengguna adalah pentadbir dan pelanggan.

Dalam sistem ini, pentadbir dan pelanggan perlu log masuk. Selepas log masuk, para pentadbir dapat menjalankan tugas seperti memasukkan, mengemaskini dan melihat maklumat produk, maklumat pelanggan, maklumat tempahan produk. Kadar pertukaran mata wang juga dapat ditetapkan oleh pentadbir. Laporan seperti produk yang dibeli, jumlah tempahan pelanggan dan stok produk juga boleh dilihat oleh pentadbir.

Bagi pelanggan, log masuk diperlukan supaya dapat melihat maklumat produk seperti harga produk, gambar produk serta produk review. Pertukaran mata wang megikut pilihan yang disediakan juga dapat dilakukan oleh pelanggan. Selain ini,pelanggan juga dapat dikenal pasti serta mengemaskini produk yang dipilih sebelum menghantar tempahan. Pembelian secara talian dapat dilakukan dalam sistem ini.

Kesimpulannya, sistem yang bakal akan kami bangunkan merupakan sebuah sistem yang menggunakan reka bentuk antaramuka yang menarik dan mesra pengguna.



Metodologi - Model Air Terjun

Metodologi yang digunakan untuk membangunkan Sistem Pengurusan Pembelian Serbuk Koko secara Dalam Talian ialah Metodologi Air Terjun. Metodologi ini dipilih kerana aktiviti yang dilakukan untuk membangunkan projek ini adalah mengikut turutan. Metodologi ini terdiri daripada 5 fasa iaitu fasa perancangan, fasa analisis, fasa reka bentuk, fasa implementasi dan fasa pengujian. Pemilihan model ini dilakukan adalah kerana fasa-fasa adalah berjujukan dimana output fasa pertama mengalir ke fasa kedua dan seterusnya linear. Selain itu, model air terjun juga mudah dipantau kemajuannya.

Rajah : Metodologi Air Terjun (Sumber: Ian Sommerville, (2007))

Fasa Perancangan

Fasa Perancangan merupakan fasa terpenting dalam pembangunan Sistem Pengurusan Pembelian Serbuk Koko secara Dalam Talian, dimana perancangan dalam membangunkan sistem ini adalah jelas dan kajian awal terhadap sistem dititikberatkan. Masalah yang terlibat dengan projek yang akan dibangunkan akan dikenalpasti. Dalam fasa ini, kami akan mengenalpastikan tujuan dan cara-caranya untuk membina sistem ini. Selain itu, skop dan objektif projek juga dibincangkan dalam fasa ini.

Fasa Analisis

Analisis terhadap sistem adalah sangat penting bagi mengetahui kelemahan-kelemahan yang dihadapi oleh sistem semasa. Sistem sedia ada yang telah dikaji akan dijadikan sebagai rujukan bagi memudahkan maklumat yang dikumpul dianalisis. Tujuan mengkaji sistem ini adalah untuk membanggunkan sebuah sistem yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. Selain itu, pengumpulan makulmat tentang serbuk koko juga dilakukan dalam fasa ini. Isi kandungan dan skop berkenaan juga dikenalpastikan dalam fasa ini.

Data Flow Diagram (DFD), carta alir yang akan menunjukkan pengaliran data dalam sistem yang akan dibangunkan. DFD ini harus dibina terlebih dahulu supaya kami dapat mengetahui aliran data dalam sistem yang ingin dibangunkan. Manakala, penormalan data dibuat dalam peringkat merekabentuk pangkalan data iaitu dengan melakarkan Entity Relationship Diagram (ERD) untuk menunjukkan secara terperinci entiti dan attribut yang terlihat serta hubungan antara entity dalam pangkalan data.

Fasa Rekabentuk
Kami akan merekabentukkan Sistem Pengurusan Pembelian Serbuk Koko secara Dalam Talian dalam fasa ini. Kami akan mengenalpastikan bagaimana sistem ini akan beroperasi, dari segi perkakasan, perisian, dan infrastruktur rangkaian; antaramuka, borang, laporan dan pangkalan data yang akan digunakan. Perisian e-dagangan ZenCart digunakan untuk membangunkan antaramuka dan pangkalan data sistem ini.


Fasa Implementasi

Dalam fasa implementasi , Sistem Pengurusan Pembelian Serbuk Koko secara Dalam Talian akan dibina dan diuji sama ada dapat berfungsi seperti mana yang direkabentukkan. Fasa ini dijalankan untuk mengenalpasti bahawa sistem yang dibangunkan bebas daripada sebarang kesalahan.

Fasa Pengujian

Dalam fasa pengujian, sistem akan diuji secara keseluruhan apabila Sistem Pengurusan Pembelian Serbuk Koko secara Dalam Talian selesai dibina. Pengujian ini dilakukan oleh pihak pentadbir dan pengguna untuk memastikan sistem yang dibina dapat memenuhi keperluan pengguna.


Keputusan Jangkaan

Merujuk kepada objektif penyataan masalah, pembangunan sistem ini adalah kerana ia mempunyai kemudahan pangkalan data yang boleh digunakan untuk menyimpan maklumat pelanggan yang telah membeli serbuk koko dengan lebih sistematik. Sistem ini dapat membantu pihak pentadbir untuk menyimpan dan mengemaskini maklumat pelanggan sepanjang masa dengan mudah. Selain itu, pengguna boleh membeli product serbuk koko dan membuat pembayaran secara talian.

Kepentingan Projek

Sistem Pengurusan Pembelian Serbuk Koko secara Dalam Talian yang dibangunkan ini boleh mengurangkan beban pihak pentadbir yang menggunakan cara manual untuk menyimpan maklumat pelanggan. Sistem ini penting untuk dibangunkan supaya maklumat-maklumat boleh disimpan dalam pangkalan data. Dengan itu, ia boleh mempercepatkan proses pembelian serbuk koko dan penyimpanan maklumat pelanggan dengan cepat dan teliti.

Dengan adanya kemudahan Sistem Pengurusan Pembelian Serbuk Koko secara Dalam Talian ini, pihak pentadbir boleh menyimpan maklumat pelanggan dan menjual serbuk koko secar talian dengan lebih efektif dan efisyen.

Carta Gantt