Sunday, July 26, 2009

Pengenalan

HPA Industri Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat yang dapat memberi pendedahan tentang perubatan herba tradisional kepada masysrakat. Perubatan ini adalah satu rawatan alternatif yang dapat menjamin kesihatan masyarakat. Syarikat ini ditubuhkan pada 15th Julai 1995 yang diasaskan oleh Tuan Hj. Ismail bin Hj. Ahmad. Tuan Hj. Ismail bin Hj. Ahmad adalah pemilik syarikat yang memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan I yang berasal dari kg. Mata Ayer, Perlis. Manakala, jawatan Pengarah Urusan II dipegang oleh isteri Tuan Hj. Ismail bin Hj. Ahmad, iaitu Puan Hjh. Norhayati binti Ahmad. Perniagaan sebegini dapat mencapai ke arah kemakmuran dan juga dapat memperkayakan kehidupan masyarakat.

Syarikat ini mempunyai laman web yang membolehkan pengguna untuk memesan dan membeli produk HPA secara dalam talian. Tetapi, pengguna hanya boleh membuat pesanan produk HPA dengan menggunakan telefon bimbit dan menghantar email kepada staf di syarikat tersebut sahaja. Selain itu, pengguna juga perlu menyatakan butiran-butiran seperti nama sendiri, produk dan kuantiti, alamat penghantar, tarikh, masa bayaran dan jumlah bayaran dan juga akaun yang dimasukkan ketika membuat pesanan melalui penghantaran email.

Oleh yang demikian, satu sistem yang hendak dibangunkan ini mempunyai kemudahan yang dapat membolehkan pelanggan untuk membuat pesanan produk secara dalam talian. Ini kerana sistem ini dapat menyimpan dan menguruskan maklumat pelanggana dan produk dengan lebih sistematik. Dengan ada kemudahan sistem ini, segala butir maklumat dapat disimpan dengan baik ke dalam pangkalan data. Sistem ini juga dapat menjamin daripada kehilangan maklumat. Melalui sistem ini, pelanggan dapat membeli atau mendapatkan maklumat tentang produk baru dengan lebih cepat dan efisyen.

No comments:

Post a Comment