Fasa Perancangan
Fasa Perancangan merupakan fasa terpenting dalam pembangunan Sistem Pengurusan Pembelian Serbuk Koko secara Dalam Talian, dimana perancangan dalam membangunkan sistem ini adalah jelas dan kajian awal terhadap sistem dititikberatkan. Masalah yang terlibat dengan projek yang akan dibangunkan akan dikenalpasti. Dalam fasa ini, kami akan mengenalpastikan tujuan dan cara-caranya untuk membina sistem ini. Selain itu, skop dan objektif projek juga dibincangkan dalam fasa ini.
Fasa Analisis
Analisis terhadap sistem adalah sangat penting bagi mengetahui kelemahan-kelemahan yang dihadapi oleh sistem semasa. Sistem sedia ada yang telah dikaji akan dijadikan sebagai rujukan bagi memudahkan maklumat yang dikumpul dianalisis. Tujuan mengkaji sistem ini adalah untuk membanggunkan sebuah sistem yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. Selain itu, pengumpulan makulmat tentang serbuk koko juga dilakukan dalam fasa ini. Isi kandungan dan skop berkenaan juga dikenalpastikan dalam fasa ini.
Data Flow Diagram (DFD), carta alir yang akan menunjukkan pengaliran data dalam sistem yang akan dibangunkan. DFD ini harus dibina terlebih dahulu supaya kami dapat mengetahui aliran data dalam sistem yang ingin dibangunkan. Manakala, penormalan data dibuat dalam peringkat merekabentuk pangkalan data iaitu dengan melakarkan Entity Relationship Diagram (ERD) untuk menunjukkan secara terperinci entiti dan attribut yang terlihat serta hubungan antara entity dalam pangkalan data.
Fasa Rekabentuk
Kami akan merekabentukkan Sistem Pengurusan Pembelian Serbuk Koko secara Dalam Talian dalam fasa ini. Kami akan mengenalpastikan bagaimana sistem ini akan beroperasi, dari segi perkakasan, perisian, dan infrastruktur rangkaian; antaramuka, borang, laporan dan pangkalan data yang akan digunakan. Perisian e-dagangan ZenCart digunakan untuk membangunkan antaramuka dan pangkalan data sistem ini.
Fasa Implementasi
Dalam fasa implementasi , Sistem Pengurusan Pembelian Serbuk Koko secara Dalam Talian akan dibina dan diuji sama ada dapat berfungsi seperti mana yang direkabentukkan. Fasa ini dijalankan untuk mengenalpasti bahawa sistem yang dibangunkan bebas daripada sebarang kesalahan.
Fasa Pengujian
Dalam fasa pengujian, sistem akan diuji secara keseluruhan apabila Sistem Pengurusan Pembelian Serbuk Koko secara Dalam Talian selesai dibina. Pengujian ini dilakukan oleh pihak pentadbir dan pengguna untuk memastikan sistem yang dibina dapat memenuhi keperluan pengguna.
No comments:
Post a Comment