Sunday, July 26, 2009

Kajian Literatur

Manual Prosedur beli online HPA

Menurut website HPA, didapati bahawa para pelanggan dan ahli-ahli HPA dapat memesan atau membeli produk HPA secara online melalui pentadbir-pentadbir HPA.

Untuk membuat pesanan atau membeli produk HPA, para pelanngan dan ahli-ahli HPA boleh hubungi pentadbir HPA dan e-mail kepada pentadbir HPA. Maklumat –maklumat seperti nama, no ahli HPA (jika berkenaan), produk & kuantiti alamat penghantaran, no. telefon, tarikh, masa bayaran & jumlah bayaran, akaun dimasukkan serta cara penghantaran perlu disertai dalam email yang dihantar.

Selepas butiran maklumat dihantar oleh pembeli, pihak pentadbir HPA akan maklumbalas dengan kos penghantaran yang perlu dibayar oleh pembeli sebelum bayaran dibuat oleh pembeli.

Bagi Pembayaran, pembeli boleh bayar secara online atau bayaran secara manual melalui Mesin ATM. Para pembeli boleh membuat bayaran dengan masukkan tunai ke akaun pentadbir melalui Maybank Maysia Berhad (Maybank2u.com) dan Bank islam Malaysia Berhad (BankIslam.biz).

Selepas bayaran dibuat oleh para pembeli, pihak pentadbir HPA akan mejalankan perkhidmatan penghantaran produk HPA kepada para pembeli. Selain itu, para pembeli juga boleh mendapatkan produk HPA yang dibeli melalui pengedaran HPA yang berhampiran dengan tempat pembeli. Prosedur-prosedur membeli secara online ini amat mengambil masa serta tidak sistematik.



Kajian Terhadap Sistem Sedia ada

Biogreen2u online store (Sumber: https://www.biogreen2u.com/index.php)

Green Image Entreprise Sdn Bhd ini merupakan sebuah syarikat yang menghasilkan produk yang berasaskan bahan mentah asli dan pertanian organic. Sistem Biogreen2u online store ini dibangunkan oleh Green Image Entreprise demi mempromosikan produk yang dihasilkan oleh syarikat mereka. Dengan pembangunan sistem ini, para pelanggan dapat membeli produk secara dalam talian.

Dalam sistem ini, semua stok produk telah ditunjukkan mengikut categori produk . Fungsi keutamaan produk, harga pruduk serta berat produk juga ditunjukkan dalam sistem ini. Melalui informasi yang bergguna ini, Para penlanggan dapat membuat pilihan produk yang lebih sesuai untuk mereka. “search engine” bagi memantau produk juga disediakkan bagi mempercepatkan proses pencarian produk.

Sistem ini memerlukan namaID dan katalaluan untuk log masuk. Pembelian produk hanya boleh dijalankan selepas log masuk. Kemudian, produk yang telah ditambah dalam “shopping chart” akan ditunjukkan kepada pelanggan. Maka, pelanggan akan mengetahui produk yang telah dipilih untuk dibeli.Di samping itu, produk yang telah ditambah dalam “shopping chart” dikenalpasti lagi melalui kemudahan “checkout” yang disediakkan dalam sistem sebelum pembayaran di buat.

Dalam sistem ini, kemudahan pembayaran secara online juga disediakkan. Dengan menyertai maklumat yang diperlui, maka pembayaran dapat dibuat secara online. Kos pengedaran juga akan ditunjukkan dengan teliti dalam “checkout” sebelum pembayaran dijalankan. Segala pembetulan informasi pembelian serta informasi pengedaran juga dapat dijalankan dalam sistem ini.

Kemudahan e-mail juga disediakkan bagi membenarkan para pelanggan menghantar message yang berkaitan terhadap produk serta service melalui sistem ini. Walaupun banyak kemudahan didsediakan dalam sistem ini, tetapi ia agar tidak mesra pengguna.



Shopping cart system (sumber: http://youngminds.com.hk/Shopping-Cart-System)

Sistem ini merupakan sistem “E-commerse” yang membenarkan pengguna menjual produk secara dalam talian. Sistem ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu pentadbir dan pelanggan.

Bagi bahagian pentadbir, pentadbir perlu masukkan namaID dan katalaluan supaya dapat masuk ke sistem tersebut untuk jalankan tugas. Dalam bahagian pentadbir, terdapat fungsi seperti pandaftaran pengguna, pengurusan produk, pengurusan inventori, pengurusan tempahan produk disediakan.

Dalam fungsi pendaftaran pengguna, pentadbir dapat masuk dan kemaskini maklumat pelanggan. Kemudian bagi fungsi pengurusan produk, pentadbir dapat memasukkan maklumat bagi produk baru serta mengemaskini maklumat produk.Pengurusan inventori juga disediakan dalam sistem ini, dengan membolehkan para pentadbir mengetahui baki produk yang sedia ada dalam stok maka masalah kekurangan stok dapat digelakkan. Dengan itu, pengurusan tempahan produk juga terdapat dalam sistem ini bagi mengurus maklumat tempahan produk mengikut tempahan yang telah dibuat oleh pelanggan. Maklumat tempahan yang diurus merangkumi tarikh tempahan, tarik pengedaran produk serta tarikh pembayaran.

Bagi bahagian pengguna, pelanggan perlu log masuk sebelum pembayaran secara online dapat dijalankan dalam system ini. Stok produk ditunjukkan mengikut kategori produk dan “search engine” disediakan bagi memudahkan para penlanggan membuat pilihan. Pembetulan informasi pembelian serta informasi pengedaran juga dapat diadakan dalam sistem ini.

Secara kesimpulanya, sistem ini agar mesra pengguna tetapi antara muka bagi sistem ini kurang menarik.



Selling Pet online management system (sumber: http://www.iwaghost.com)

Sistem ini merupakan satu sistem yang dibangunkan oleh iWag host.com bagi membenarkan para pengguna untuk menjualkan binatang secara dalam talian. Sistem ini merangkumi dua bahagian iaitu pentadbir dan pelanggan.

Dalam bahagian pentadbir, log masuk diperlukan bagi masuk ke dalam sistem. Dalam sistem ini, pentadbir dapat masukkan maklumat binatang supaya dapat dipantau oleh pelanggan semasa membuat pilihan. Kemudahan muat naik juga disediakan oleh pentadbir untuk muat naik gambar binatang. Maklumat yang telah dimasukkan dapat dikemaskini.

Dalam bahagian pelanggan, maklumat binatang telah disediakan dalam sistem ini kepada pelanggan. Dengan kemudahan “search engine” dalam sistem ini telah memudahkan pelanggan untuk mencari binatang yang hendak dibeli. Selain itu, kemudahan galeri gambar juga dibangunkan dalam sistem ini supaya dapat dipantau oleh pelawat yang melawat laman web pengguna. Pembayaran secara dalam talian tidak disediakan dalam sistem ini, pelanggan perlu email atau hubungi dengan penjual untuk membayar terhadap binatang yang dibeli.

Pembangunan sistem ini agar tidak dimuaskan, banyak kemudahan seperti pengurusan data pelanggan, pengurusan tempahan produk tidak disediakan dalam sistem ini. Maka, sistem ini tidak dapat memudahkan pentadbir dalam mengurus maklumat binatang. Bagi aspek pelanggan, penlanggan tidak dapat tengok balik maklumat pembelian anjing yang telah dipilih untuk dibeli serta tidak boleh bayar terus melalui sistem tersebut. Maka, pelanggan perlu mengambil masa yang lebih lama dalam proses pembelian. Dengan keseluruhannya, sistem ini tidak mesra pengguna serta mempunyai antara muka yang kurang menarik.



Sistem Pengurusan Pembelian Serbuk Koko Dalam Talian

Kumpulan kami akan membangunkan sebuah sistem yang bernama Sistem Pengurusan pembelian serbuk koko dalam talian. Dalam sistem ini, sasaran pengguna adalah pentadbir dan pelanggan.

Dalam sistem ini, pentadbir dan pelanggan perlu log masuk. Selepas log masuk, para pentadbir dapat menjalankan tugas seperti memasukkan, mengemaskini dan melihat maklumat produk, maklumat pelanggan, maklumat tempahan produk. Kadar pertukaran mata wang juga dapat ditetapkan oleh pentadbir. Laporan seperti produk yang dibeli, jumlah tempahan pelanggan dan stok produk juga boleh dilihat oleh pentadbir.

Bagi pelanggan, log masuk diperlukan supaya dapat melihat maklumat produk seperti harga produk, gambar produk serta produk review. Pertukaran mata wang megikut pilihan yang disediakan juga dapat dilakukan oleh pelanggan. Selain ini,pelanggan juga dapat dikenal pasti serta mengemaskini produk yang dipilih sebelum menghantar tempahan. Pembelian secara talian dapat dilakukan dalam sistem ini.

Kesimpulannya, sistem yang bakal akan kami bangunkan merupakan sebuah sistem yang menggunakan reka bentuk antaramuka yang menarik dan mesra pengguna.



No comments:

Post a Comment