Sunday, July 26, 2009

Penyataan Masalah

Terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh syarikat tersebut. Antaranya ialah perniagaan tradisional yang diamalkan ini tidak dapat beroperasi dalam masa sepanjang hari. Perniagaan tradisional ini juga tidak dapat memberi perkhimatan kepada pelanggan selepas masa tutup untuk beroperasi. Jadi, pelanggan perlu membeli atau mendapatkan perkhidmatan daripada syarikat tersebut pada hari berikutnya. Keadaan sebegini telah menyebabkan pelanggan perlu membazirkan masa untuk datang semula ke syarikat tersebut.

Selain itu, masalah lain yang dihadapi oleh HPA Industri Sdn. Bhd. ialah pentadbir tidak dapat menguruskan dan menyimpan rekod pembelian produk secara sistematik dan tersusun. Penyimpan dan pengurusan maklumat secara manual ini perlu mengambil masa lama untuk menyimpan dan menguruskan maklumat tersebut.
Kadang kala, syarikat tersebut juga menghadapi masalah seperti masalah kehilangan butiran maklumat dan masalah pencarian maklumat. Kewujudan masalah sebegini disebabkan oleh sistem yang sedia ada ini tidak mempunyai kemudahan pangkalan data untuk proses penyimpanan dan pengurusan maklumat.

Sistem yang sedia ada ini juga tidak dapat digunakan untuk membantu pengiraan baki stok secara automatik. Sistem secara manual yang digunakan oleh pentadbir ini perlu mengambil masa yang lama untuk mengira baki stok yang tinggal ataupun menghitung stok yang telah dijual. Selain itu, sistem pengiraan secara manual ini kemungkinan besar adalah tidak tepat. Keadaan sebegini boleh berlaku ketika pentadbir melakukan kesilapan untuk mencatatkan pengiraan tersebut ke dalam fail.

No comments:

Post a Comment